Menambah Tetamu dengan File Excel

Sila klik menu Tetamu > Import.

Anda boleh memuat turun contoh fail untuk mengetahui format yang digunakan.

Bahagian is_vip untuk jenis tetamu VIP atau tidak. Bahagian is_physic untuk tetamu yang mendapat jemputan sama ada secara fizikal atau tidak. Nombor 1 menujukkan "Ya", nombor 0 menujukkan "Tidak". Anda juga boleh membiarkan ia kosong.

Bahagian phone boleh diiisi dengan nombor telefon lengkap dengan kod negera untuk kedua-dua kod nombor telefon antarabanagsa.

Import fail excel data tetamu yang telah disediakan. Klik Choose File.

Nama fail akan dipaparkan. Klik Import.

Klik Mulakan Proses Import untuk masukkan data tetamu.

Setelah diimport, data tetamu akan ditambahkan secara automatik dalam menu Tetamu. Klik Kembali ke Senarai Tetamu.

Tetamu yang telah berjaya ditambahkan akan segera menerima kod jemputan.

Untuk menukar status, klik nama tetamu. Ubah Tetamu > RSVP. Klik Simpan.

Status tetamu akan ditukarkan kepada Going jika Hadir, Not Going jika Tidak Hadir. Data tetamu boleh dipadamkan selagi kod jemputan belum dihantar atau digunakan. Jika anda telah membuat interaksi (status dibuka, dijemput atau RSVP), tetamu tidak boleh dipadamkan, tetapi boleh diarkibkan. Apabila diarkibkan, kod jemputan dan kod QR tidak boleh digunakan.

Klik nama tetamu untuk arkib. Klik Arkib. Nama tetamu tersebut tidak akan muncul di senarai tetamu.

Tetamu yang diarkibkan akan dialihkan ke menu Lain-lain > Tetamu Diarkibkan.

Data tetamu yang diarkibkan sebelum ini boleh mucul kembali di senarai tetamu dengan mengklik Aksi > Kembali atau icon hijau di senarai tetamu.

Last updated